Pages: [1]
|
 |
|
Author
|
Topic: Syarikat TimeTo Plug Network Enterprise pengendali Portal Plazacentre.net (Read 1637 times)
|
|
Anak melayu 2
|
Assalamualikum kepada yang beragama Islam, Salam sejahtera kepada yang bukan beragama IslamSejarah Plazacentre.net Pada tahun 1998, seorang ahli kami telahpun mahir didalam mengendalikan forum. Beberapa laman web telah diwujudkan dimana menggunakan hosting percuma. Disebabkan waktu tersebut kami masih lagi belajar maka niat itu terpadam sementara. Setelah tahun 2000, kami telah mewujudkan bermacam nama laman web seperti snf, firsn2020 dan akhirnya kami telah mendapat satu nama yang cukup ideal iaitu time2plug.tripod.com. Pada tahun 2004 kami telah mewujudkan lamanweb dengan menggunakan hosting berbayar dengan domain aisbird.com . kami tidak menggunakan time to plug sebagai domain kerana kami dapati ianya ideal untuk dijadikan sebagai nama perniagaan. Disebabkan pada awal aisbird.com, ramai yang menjadi ahli forum kami dan seterusnya ramai yang datang semata-mata untuk mengiklankan produk mereka. Akhirnya kami sedar akan sifat kebanyakan pelawat yang kami kira bercampur-baur antara pelawat yang inginkan maklumat dan yang ingin berniaga. Wujudlah pula market2u.com . tetapi kerana namanya pada kami dirasakan agak kurang kami minati pada tahun 2005 kami telah menukarkannya kepada plazacentre.net . Sememangnya ada beberapa domain lagi yang kami rahsiakan. Latarbelakang Ketua SyarikatKetua Syarikat Time To Plug Network Enterprise adalah Encik Mohamad Nizan. Syarikat ini didaftarkan di pejabat Suruhanjaya Pengsyarikatan Malaysia, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.  Terdapat dua orang kesemuanya yang menjadi tulang belakang Syarikat Time To Plug Network Enterprise yang membantu Ketua Syarikat. 1. Encik Shahrulnizam 2. Encik Mohd Firdaus Kedua-dua orang yang menjadi tulang belakang ini memiliki kepakaran masing-masing. Seorang mahir dengan teknologi design dan programe serta aplikasi internet, marketing internet dan sebagainya. Seorang lagi sangat mahir dalam pembinaan perisian-perisian besar dan kompleks. Kedua-dua mereka merupakan graduan universiti (IPTA) yang kini berkerja bertaraf executive di agensi masing-masing. Namun Syarikat ini turut dibantu oleh ramai lagi individu dikalangan kami yang memang pakar dalam hal Marketing dan juga memiliki personaliti atasan. Terima kasih kepada mereka. Sijil-Sijil Perniagaan BerdaftarSyarikat yang ditubuhkan sudahpun melebihi dari 1 tahun. Berikut adalah gambar sijil tesebut.  Gambar diatas adalah kertas asal yang dicetak mengandungi maklumat empunya Syarikat  Di atas merupakan gambar sijil syarikat yang diterima pada tahun 2005  Di atas pula adalah gambar sijil syarikat yang telah di perbaharui pada tahun 2006 dan hidup hingga disember 2008 Amanat Ketua Syarikat Diharap tuan-tuan dan puan-puan, cik, encik, Dato' dan sebagainya, gunalah laman web ini dengan baik. Kami tidak bertanggungjawap sekiranya berlaku masaalah dari penggunaan portal ini. Risiko perlu ditanggung oleh diri anda sendiri. Kami berharap anda berurusniagalah dengan jujur dan mesra. Sekian Terima Kasih
|
|
|
|
« Last Edit: February 09, 2007, 02:58:19 PM by Anak melayu 2 »
|
Logged
|
Walauapapun, usaha tangga kejayaan
Percuma
!! Perisian Pengurusan Masa dan Kewangan Harian, Banyak Fungsi, Video Toturial
diberi, PERCUMA !! download sekarang !!
Cara promosi yang efektif ada disini
|
|
|
|
Pages: [1]
|
|
|
 |