Perkataan semangat ! apa itu semangat? semangat adalah satu perasaan yang dilindungi oleh perasaan yakin dalam diri dalam membuat sesuatu perkara dan diiringi oleh mesti buat dan tidak kira apa yang akan terjadi. Boleh rasa tak?
Dalam perniagaan memang perlu ada semangat. Tanpa semangat anda tidak akan berjaya. Ini kerana perniagaan banyak pancarobanya..... kalau nak senang, perniagaan yang mudah adalah melabur seperti melabur dalam ASB, ASN ... dimana keuntungan tetap.. Apa itu niaga? setiap manusia itu berniaga. kalau anda makan gaji pun itu dipanggil berniaga cuma dalam istilah perniagaan paling berkeuntungan rendah. Makan gaji? apa produknya? Anda tidak sedar yang anda meniagakan tenaga dan fikiran anda. Anda hanya layak mengatakan anda tidak berniaga jika status anda sama seperti hamba abdi. Adakah anda akan bekerja jika tidak dibayar gaji? sudah tentu tidak..... cuma anda merupakan rakanniaga syarikat anda paling kecil....
Semangat itu penting dalam perniagaan kerana, perniagaan banyak halangan dan pancarobanya.... perniagaan mudah gagal apabila anda lemah semangat. Oleh itu dengan semangatlah baru anda berusaha dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah dan memperbaiki lagi untuk mencapai kejayaan. Dari mana semangat ini datang? semangat ini datang daripada keluarga, kekasih, rakan, adik beradik dan banyak lagi puncanya. Mungkin apabila anda berniaga walaupun susah payah dan tiba-tiba dapat menjual 1 produk setelah 3 bulan mengusahakannya, 1 produk yang terjual ini mungkin membawa semangat yang berkobar dimana anda mula percaya yang perniagaan yang anda usahakan boleh mendatangkan duit.
Semangat ada banyak jenis. Saya syorkan anda memiliki semangat berpasukan. Apabila anda ada pasukan yang juga bersemangat maka perniagaan anda akan lebih berkembang. Kenapa? adakah anda boleh berkembang dengan cepat hanya dengan berseorangan. Jaringan itu amat penting. Contoh perniagaan MLM. Jika anda adalah upline dan memiliki beberapa downline, adakah anda maju? tidak semestinya maju kerana jika anda tidak berjaya menyuntik semangat berniaga pada downline, maka tiada produk akan diusahakan oleh downline anda untuk dijual, maka anda tidak akan dapat komisen.
Semangat boleh mengubah personaliti anda. Jika anda bersemangat, anda akan lebih kelihatan bertenaga, lebih senyum, pandangan anda lebih tajam, anda kelihatan lebih matang. Jika anda tiada semangat anda akan kelihatan muram, lembik, bermasalah dan sebagainya. Jika anda menemui pelanggan dimana anda ingin menerangkan produk perniagaan anda, semangat inilah yang penting..... jadi peliharalah semangat anda....
