Enjin carian !!:

* Home Help Search Login Register
+  Forum Komuniti Dua Hala plazacentre.net
|-+  Pengguna dan Perniagaan
| |-+  Perbincangan Isu - Harga produk (Moderator: admin)
| | |-+  Isu kenaikan harga produk minyak terutama petrol
« previous next »
Poll
Question: Adakah anda rasa tertekan dengan kenaikan harga minyak?
Rasa sangat, lari dah buget - 1 (100%)
Rasanya tidaklah beban sangat - 0 (0%)
Rasa macam tak ada effect pon - 0 (0%)
Tak tau nak jawap - 0 (0%)
Total Votes: 1

Pages: [1] Print
Author Topic: Isu kenaikan harga produk minyak terutama petrol  (Read 588 times)
Ainul
Global Moderator
Newbie
*****
Posts: 28


View Profile
Isu kenaikan harga produk minyak terutama petrol
« on: September 21, 2006, 01:18:09 AM »

Bacalah Petikan KPDN HEP Berkenaan Kenaikan Harga Produk Minyak

Isu kenaikan harga minyak merupakan satu isu yang hangat diperkatakan pada masa kini di kalangan masyarakat negara ini. Oleh yang demikian, atas keprihatinan kerajaan bagi menangani masalah ini, taklimat-taklimat khas mengenai isu ini telah diadakan di seluruh negara bagi memberi kefahaman dan memperlihatkan senario harga minyak mentah di pasaran dunia.

Dalam hal ini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) amat berbesar hati menerima kunjungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Shafie Apdal dan beliau telah meluangkan masa memberikan taklimat dan kefahaman mengenai kenaikan harga minyak ini kepada seluruh warga UMS pada 18 Mac 2006 yang lalu bertempat di Galeri UMS.

Dalam sesi taklimat beliau juga, turut diedarkan adalah buku taklimat berkenaan Fakta-Fakta Mengenai Kenaikan Harga Produk Petroleum : Sebab-sebab dan Implikasi. Berikut merupakan beberapa petikan maklumat yang terdapat dalam bukut tersebut:

Masalah kenaikan harga minyak mentah di peringkat antarabangsa adalah merupakan satu krisis yang perlu dihadapi dan ditangani oleh setiap negara di dunia kerana ianya adalah merupakan bahan yang menjadi keperluan utama bukan hanya dalam konteks pembangunan ekonomi bahkan keselamatan sesebuah negara juga boleh turut terjejas sekiranya bekalannya tidak mencukupi.

Krisis kenaikan harga minyak dunia berlaku berpunca daripada The Arab Oil Embargomada tahun 1973 yang mengakibatkan harga minyak mentah di pasaran dunia melonjak daripada USD3.6 se tong pada tahun 1972 kepada USD12.9 se tong pada tahun 1974, iaitu kenaikan sebanyak 258 % atau kenaikan hampir 4 kali ganda. Perkara ini terjadi akibat peperangan di Israel, Syria dan Arab Saudi pada 5 Oktober 1973.

Dunia mengalami kejutan kedua dalam krisis harga minyak mentah di pasaran dunia apabila berlakunya revolusi di Iran yang menyaksikan harga minyak mentah dunia melonjak daripada USD32.1 se tong pada tahun 1979 kepada USD37.9 se tong pada tahun 1980.Kejutan ketiga berlaku pada tahun 1991 berikutan berlakunya Perang Teluk akibat pencerobohan Iraq ke atas Kuwait serta pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq.

Rentetan kejadian ini telah menyebabkan harga minyak mentah dunia melonjak naik ke paras tertinggi iaitu sebanyak USD36 se tong. Krisis bekalan dan harga minyak telah mengakibatkan banyak negara termasuk di benua Afrika mengalami masalah keruntuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun turut terbantut pada ketika itu.

Permintaan terhadap bekalan minyak mentah di seluruh negara terutamanya dari China dan India serta bencana alam seperti Hurricane Emily di Mexico dan taufan Katrina turut menyumbang kepada kenaikan ini. Harga minyak mentah di pasaran dunia pada Januari 2004 adalah pada paras USD33 se tong. Pada Ogos 2005, harga ini terus mengalami peningkatan ke paras 69.8 se tong.

Di rantau Asia Tenggara, hampir kesemua negara telah membuat pelbagai pendekatan yang bersesuaian bagi memastikan kenaikan harga minyak mentah dunia tidak menjejaskan ekonomi masing-masing serta memastikan kadar inflasi di negara mereka berada di paras terkawal. Malaysia adalah merupakan negara paling akhir melakukan pengubahsuaian ini kerana perlu mengambil Kira kesannya kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain daripada menaikkan paras harga runcit barangan petroleum ini. Peningkatan harga minyak mentah dunia di paras yang begitu tinggi menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan subsidi sebanyak RM15 bilion yang merupakan 45 peratus daripada perbelanjaan pembangunan negara waktu itu.

Akibat daripada kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia, kerajaan perlu menanggung jumlah subsidi dan pengecualian cukai yang besar bagi membolehkan rakyat menikmati harga bahan api ini dengan kadar yang mereka mampu. Jika dilihat kepada carta di atas, pada tahun 2003, jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan bagi produk petroleum adalah sebanyak RM1,823 juta manakala pengecualian cukai pula berjumlah RM4,763 juta menjadikan jumlah tanggungan kerajaan keseluruhannya adalah RM6,586 juta. Jumlah subsidi kerajaan meningkat sebanyak RM4,788 juta pada tahun 2004 manakala pengecualian cukai pula meningkat kepada RM7,147 juta menjadikan jumlah tanggungan kerajaan pada tahun 2004 adalah sebanyak RM11,935 juta. Pada tahun 2005, subsidi dan pengecualian cukai yang ditanggung oleh kerajaan untuk barangan petroleum ini berjumlah lebih daripada RM15 bilion (RM7,848 juta pengecualian cukai dan RM7,411 juta tanggungan subsidi).

Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini (2006) sahaja, pemberian subsidi dan pengecualian cukai yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM2.6 bilion. Jumlah ini dijangka meningkat kepada RM17 bilion pada tahun ini jika kenaikan harga tidak dilakukan.

Pada tahun 2004, sektor petroleum menyumbang hasil kepada negara sebanyak 25% dan telah meningkat kepada 30% pada tahun 2005.

Bagi mengurangkan jumlah subsidi dan pengecualian cukai yang perlu ditanggung, kerajaan memutuskan untuk menaikkan paras harga runcit petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter manakala harga runcit LPG dinaikkan sebanyak 30 sen sekilogram.

Pengumuman mengenai kadar baru ini dibuat pada 28 Februari 2006. Ini bermakna harga runcit baru bagi petrol Ron 97 di Semenanjung Malaysia naik kepada RM1.92 seliter, petrol Ron 92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram. Bagi negeri Sabah, petrol Ron 97 naik kepada RM1.90 seliter, Ron 92 RM1.88 seliter, diesel RM1.584 seliter dan LPG RM1.83 sekilogram. Bagi negeri Sarawak pula harga baru bagi petrol Ron 97 ialah RM1.91 seliter, Ron 92 RM1.88 seliter , diesel RM1.578 seliter dan LPG RM1.83 sekilogram.

Penjimatan peruntukan subsidi dan pengecualian cukai digunakan untuk projek pembangunan dan menambahbaik pengangkutan awam. Jika kerajaan mengekalkan harga runcit barangan petroleum ini di paras harga yang sama, kerajaan terpaksa menanggung bebanan berjumlah RM17.29 bilion. Dengan kenaikan sebanyak 30 sen ini, tanggungan kerajaan hanyalah berjumlah RM12.69 bilion. Kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4.60 bilion yang boleh digunakan untuk melaksanakan lebih banyak projek-projek pembangunan seperti membina sekolah, jalan raya, lebuh raya, hospital dan sebagainya untuk kepentingan rakyat serta memperbaiki dan meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di bandar dan luar bandar di seluruh negara bagi kemudahan dan keselesaan rakyat.

Jika penjimatan ini dapat diserap untuk perbelanjaan dalam Rancangan Malasia kesembilan (RMK9), ini bermakna negara dapat menjimatkan kira-kira lebih RM20 billion bagi lima tahun akan datang dan lebih banyak projek pembangunan akan dapat dilaksanakan untuk faedah rakyat.

Di samping itu, beberapa langkah-langkah turut diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga petrol, diesel dan LPG. Kenaikan harga 30 sen ini hanya berlaku sekali sahaja sepanjang tahun ini. Selepas kenaikan ini, harga minyak pada tahun ini tidak akan dinaikkan lagi walaupun harga minyak mentah dunia mengalami kenaikan yang tinggi. Berbanding dengan tahun sebelumnya di mana kerajaan menaikkan harga runcit barangan petroleum secara berperingkat-peringkat, kenaikan pada tahun ini adalah ke paras yang agak tinggi sekaligus. Kerajaan menganggap langkah ini sebagai lebih baik kerana dengan jaminan ini, orang ramai dan peniaga dapat merancang bajet masing-masing.

Namur demikian, tidak dapat dinafikan kenaikan harga minyak akan turut memberi kesan kepada kadar inflasi negara. Walau bagaimanapun, kerajaan akan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kadar inflasi negara berada di tahap terkawal.

Selain itu, penstrukturan semula pemberian subsidi melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi melalui Fleet Card. Di sini, 84 peratus pengangkutan awam dan pengangkutan barangan pengguna yang memiliki lebih daripada 275,890 kenderaan layak menikmati harga diesel bersubsidi dengan harga RM1.43 seliter iaitu 15 sen lebih murah berbanding kadar baru yang ditetapkan kerajaan manakala pengguna lain membeli dengan harga RM1.58 seliter.

Sebanyak 20 jenis kenderaan layak menggunakan kemudahan fleet card ini di 2,771 stesen minyak di seluruh negara. Kenderaan-kenderaan tersebut ialah bas sekolah, bas ekspress, bas berhenti-henti, bas mini, bas pengantara, kereta sewa, teksi, van mayat, lori mayat, ambulan (dikendalikan oleh badan sukarela), bomba (dikendalikan oleh badan sukarela), lori kargo am, lori minuman botol, lori luton/kotak, lori refrigerated, lori tangki air, lori tangki tepung, window van, panel van dan prime mover.

Di samping itu, kerajaan turut mewujudkan sistem E-Diesel nelayan bagi sektor perikanan iaitu memberikan subsidi diesel berharga RM1.00 bagi setiap liter kepada nelayan di seluruh negara.

Akhir sekali adalah dengan memperkasakan pengguna, daripada pengusaha pengangkutan, pasaraya, kedai runcit sehinggalah kepada penjual nasi lemak, ramai yang akan cuba mengaut untung secara berlebihan serta mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka dalam keadaan sekarang. Namun pengguna harus bijak memainkan peranan dalam menghadapi keadaan ini. Mereka perlu merancang perbelanjaan supaya tidak membazir, menyesuaikan gaya hidup dengan kemampuan, mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai pengguna dan menabung untuk kegunaan di masa kecemasan.

Dipetik dari : Fakta-Fakta Mengenai Kenaikan Harga Produk Petroleum : Sebab-

Sebab dan Implikasi, KPDN HEP.

Logged
Pages: [1] Print 
« previous next »
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Forum Komuniti Dua Hala plazacentre.net | Powered by SMF 1.0.7.
© 2001-2005, Lewis Media. All Rights Reserved.
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.422 seconds with 22 queries.