|
Ainul
|
Kita sering keliru akan harga, bagi kebanyakan wanita, mereka gemar membelek harga dan seterusnya pergi ke kedai lain untung barang yang sama dan membandingkan harga. Ini satu sikap yang baik dan memang kita perlu berhati hati. Jika tidak kita akan membazirkan wang kita sedangkan kita boleh mendapat pada harga dan kualiti yang sama pada harga lebih murah. Banyak masalah timbul disebabkan harga, antaranya,
Harian Metro, 17 Dis 2002 KUANTAN: Persatuan Pengguna Pahang (PAC) mendapati 95 peratus peniaga membabitkan 55 premis iaitu termasuk lima pasar besar, pasar raya dan pasar mini gagal mematuhi syarat lesen 11 barangan kawalan musim perayaan yang ditetapkan kerajaan.
Selain gagal mematuhi harga siling yang ditetapkan, peniaga juga gagal mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu seperti syarat yang keluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
ini menyebabkan pembeli tidak dapat menetukan pilihan terbaik. ia juga menyusahkan serta mengelirukan. kejadian peniaga menipu pengguna setiap kali musim perayaan sering juga berlaku disebabkan kurangnya maklumat mengenai harga siling yang ditetapkan kerajaan. Dan disebabkan waktu itu barang tersebut amat perlu maka tidak sedar harga dibeli adalah harga yang merugikan. Banyak barang kawalan yang sepatutnya kita tahu statusnya. Kita sebagai pembeli ada hak untuk melaporkan penyelewengan tersebut.
Secara lazimnya peniaga menipu pengguna keranma mereka lebih mengutamakan keuntungan semata-mata. Pernahkah anda dengar, pengguna tertipu dengan sikap peniaga yang mendakwa daging beku import dari India yang dijual di pasaran tempatan adalah daging lembu?
Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita haruslah memiliki ilmu dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar tidak ditipu lagi pada kemuadian harinya...
|