Enjin carian !!:

* Home Help Search Login Register
+  Forum Komuniti Dua Hala plazacentre.net
|-+  Idea dan Perniagaan
| |-+  Perbincangan Isu - Isu Perniagaan Semasa (Moderator: admin)
| | |-+  Hapus halangan tingkat dagangan
« previous next »
Poll
Question: Anda setuju untuk hapus halangan tingkat dagangan?
Setuju - 0 (0%)
Tidak setuju - 0 (0%)
Tidak tahu - 0 (0%)
Total Votes: 0

Pages: [1] Print
Author Topic: Hapus halangan tingkat dagangan  (Read 284 times)
Ainul
Global Moderator
Newbie
*****
Posts: 28


View Profile
Hapus halangan tingkat dagangan
« on: September 26, 2006, 08:59:38 AM »

Hapus halangan tingkat dagangan

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Langkah mengurangkan halangan perdagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi bentuk lain akan membantu meningkatkan prestasi pertumbuhan rantau ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi (EC) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Professor Bob Buckle.

Katanya, kedua-dua langkah pengurangan halangan perdagangan dan pelaksanaan pemulihan struktur yang meningkatkan keadaan perdagangan dalam sesama ekonomi negara anggota akan turut meningkatkan keupayaan rantau ini untuk bertahan menghadapi kejutan ekonomi yang buruk seperti peningkatan harga minyak.

harap-harap ianya berjaya, jadi harga minyak tidak akan naik mendadak sepertimana yang berlaku sebelumnya

Buckle, seorang pakar ekonomi dan Ketua Penasihat di Perbendaharaan New Zealand berkata, sebagai penasihat dasar di perbendaharaan, adalah jelas bahawa tiada ekonomi yang berupaya menentukan dasar domestik bersendirian.

“Dalam dunia yang semakin bergantungan secara global, apa yang dilakukan oleh rakan perdagangan utama memberi kesan kepada prestasi ekonomi anda,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pelantikannya yang berkuatkuasa pada tahun hadapan adalah untuk tempoh dua tahun. EC bermesyuarat dua kali setahun.

Dengan EC diberi mandat untuk menyelaraskan pemulihan struktur di seluruh proses APEC, beliau berkata, matlamatnya ialah untuk menggalakkan dialog dasar ekonomi berkualiti tinggi dalam APEC yang akan memudahkan pemulihan struktur sesama ekonomi yang disasarkan,

“Untuk berjaya menggalakkan pemulihan struktur, EC memerlukan satu dasar jangka sederhana yang memberi fokus yang bukan sahaja akan menambah baik kecekapan pengawal selia, malah satu dasar yang memberi fokus untuk mengukuhkan infrastruktur ekonomi,” katanya.

APEC dianggotai 21 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

– Bernama
Logged
Pages: [1] Print 
« previous next »
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Forum Komuniti Dua Hala plazacentre.net | Powered by SMF 1.0.7.
© 2001-2005, Lewis Media. All Rights Reserved.
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.356 seconds with 22 queries.