Enjin carian !!:

* Home Help Search Login Register
+  Forum Komuniti Dua Hala plazacentre.net
|-+  Pengguna dan Perniagaan
| |-+  Perbincangan Isu - Halal, Haram (Moderator: admin)
| | |-+  Kilang roti terkenal diarah tutup High 5, Produk Kotor Silver Bird
« previous next »
Pages: [1] Print
Author Topic: Kilang roti terkenal diarah tutup High 5, Produk Kotor Silver Bird  (Read 426 times)
Ainul
Global Moderator
Newbie
*****
Posts: 28


View Profile
Kilang roti terkenal diarah tutup High 5, Produk Kotor Silver Bird
« on: October 11, 2006, 11:36:00 AM »

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata pihak berkuasa sudah menerima aduan mengenai keadaan kilang yang tidak bersih serta menggunakan bahan disyaki tidak halal sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, sebelum ini tindakan tidak dapat diambil terhadap syarikat itu kerana aduan tidak disertakan dengan bukti.

Entah berapa lama rakyat Malaysia makan benda kotor nie, tidak bertanggung jawap langsung, aku pun terkena sekali, tobat !! Yang bodohnya adalah pihak bertanggungjawap nie nak ada bukti baru nak periksa. Apa? takde cara penyamaran ke? kalau dah terima aduan tu periksa jelah.... pemalas ke? kalau orang ramai pergi cari bukti maknanya diorang goyang kaki !! nak masuk neraka ke?

"Kira-kira tiga minggu lalu, kami menerima aduan orang ramai berserta gambar keadaan kilang itu serta minyak yang diragui halalnya," katanya pada sidang media di kilang itu petang semalam.

Dr Maamor berkata, melalui aduan itu pihaknya meminta kerjasama pihak berkuasa melakukan serbuan dan pemeriksaan.

"Serbuan berjaya mengesan tahap kebersihan yang terlalu rendah dan kilang roti berkenaan diarahkan tutup selama dua minggu," katanya.


Elok tutup selama-lamanya, dan blacklist jer sebab, nanti dia buat lagi....

Dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui minyak yang disyaki tidak halal yang digunakan untuk membuat roti dan diserahkan kepada Jakim untuk ujian.

"Minyak yang diimport dari Jerman itu akan diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Penyelidikan dan Pembangunan/Jaminan Kualiti bahagian pengeluaran syarikat itu berkata syarikatnya akan memperbaiki mutu produk yang dikeluarkan syarikat itu.

tu cakap dia.... besok macam tu lagi cakap dia..... kalau zaman Nabi, agaknya apa hukuman yang akan dikenakan?

Logged
Pages: [1] Print 
« previous next »
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Forum Komuniti Dua Hala plazacentre.net | Powered by SMF 1.0.7.
© 2001-2005, Lewis Media. All Rights Reserved.
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.567 seconds with 20 queries.