| Soalan : |
Bolehkah saya berniaga secara offline untuk menjual Cd
saudara? bagaimana? |
| Jawapan : |
Boleh, caranya ikut langkah-langkah dibawah:
-
Daftar nama anda sebagai ahli kami, link tersebut ada diatas,
klik "Borang
Pendaftaran Ahli Baru".
-
Setelah anda sah menjadi ahli kami, Klik link "Akaun
Ahli (Control Panel) " dan ada 3 pilihan, pilih
untuk dapatkan link anda dengan memasukkan "username" anda
yang telah anda daftarkan. Anda akan diberi link tersebut.
Simpan link tersebut.
-
Buatlah paplet, iklan disuratkhabar, risalah, banner dan
sebagainya dimana ada alamat atau nombor untuk pembeli
menghubungi anda.
-
Bila ada tempahan, dapatkan bayaran dan buka browser anda
dan masuk ke laman web kami, mesti melalui link yang ada
"username" anda ,barulah komputer anda akan di stemkan
dengan nama username anda (disinilah anda akan mendapat
komisen). Isi borang tempahan dengan lengkap dan hantar. Ingat
! alamat adalah alamat pelanggan anda, nama juga nama
pelanggan anda, kerana kami akan menghantar surat
mengandungi Cd yang tercatat nama dan alamat.
No. Handphone sahaja adalah nombor
handphone anda. lain macam biasa. Kami
akan memberi anda no Akaun melalui nombor handphone anda.
-
Anda bayar ke no akaun tersebut dan apabila kami telah
menerima bayaran, kami hantar ke nama dan alamat pelanggan
anda.
Step 4 boleh anda ganti dengan membeli sebanyak mana Cd kami
pada harga ahli (harga ahli = harga asal - komisen) dan anda
jual pada harga pasaran.
|
| Soalan : |
Saya telah mendaftar menjadi ahli, kemudian mendapatkan
link, kemudian saya beli Cd tersebut menggunakan link saya tadi.
Tetapi saya tidak mendapat komisen. Kenapa? |
| Jawapan : |
Anda telah memasuki laman web rakanniaga.plazacentre.net
melalui link "username" ahli kami. Oleh itu komputer anda telah di
setemkan dengan
"username" ahli tersebut. Dan ini kekal selama 3 bulan. Ahli inilah
yang berhak mendapat komisen. Walaupun anda mendaftar, anda
menggunakan
link "username" anda pada komputer anda, komputer anda tidak akan
disetemkan dengan "Username" anda selagi tempoh "username" ahli tadi tidak cukup 3 bulan. Oleh itu jika anda hendak mendapat komisen,
anda perlulah menggunakan link "username" anda di komputer lain yang
masih belum di stemkan oleh mana-mana ahli kami yang lain.
|
| Soalan : |
Mengapa pihak anda tidak meletakkan
Nombor Akaun Bank supaya sesiapapun boleh tahu. Kenapa setelah
isi borang dan hantar baru dapat Nombor Akaun. Apakah nombor
akaun yang pihak anda sediakan bagi menerima bayaran? |
| Jawapan : |
Kami hanya ada akaun Maybank sahaja untuk anda memasukkan
bayaran samaada melalui "transfer" atau "bank in" atau "Giro"
terpulang. Jika kami meletakkan nombor akaun kami untuk dilihat
oleh sesiapa sahaja akan menyebabkan berlaku penipuan dikalangan
pelawat yang tidak bertanggungjawap. Misalnya wang yang masuk
menunjukkan RMxxx sebanyak 2 kali sahaja pada hari tersebut
tetapi SMS yang kami terima untuk pengakuan membuat pembayaran
pada hari tersebut ada 6 orang. Ini bermakna ada 4 orang sedang
menipu. Proses akan menjadi sulit dimana anda terpaksa
mengemukakan resit secara email (kami tiada mesin fax), anda
terpaksa scan. Jika anda telah mengisi borang dan hantar (lengkap)
baru kami beri no akaun, itu lebih selamat kerana, alamat,
email, nama ada ditangan kami. Dengan sistem ini setakat ini
100% berjaya mengelak dari pelawat/penipu yang tidak bertanggung
jawap dan 100% tidak rugi. |
| Soalan : |
Adakah syarikat anda berdaftar
dengan Suruhanjaya Pensyarikatan Malaysia (SSM)? |
| Jawapan : |
Ya, kami adalah staff
www.plazacentre.net dibawah nama syarikat kecil TIME TO
PLUG NETWORK ENTERPRISE, boleh periksa di
www.ssm.com.my .
|
| Soalan : |
Saya pelik lah, betul ke
www.plazacentre.net ni
dibawah syarikat TIME TO PLUG NETWORK ENTERPRISE?. Jangan-jangan
tiada kena mengena. Kalau tiada kena mengena, kalau syarikat
TIME TO PLUG NETWORK ENTERPRISE tahu, tentu mereka marah. Saya
rasa kalau
www.plazacentre.net patut nama syarikat anda diberi nama
PLAZACENTRE ENTERPRISE ke, yang ada nama PLAZACENTRE. Boleh
jelaskan? |
| Jawapan : |
Dahulu secara sejarahnya, TIME TO PLUG adalah nama kegemaran
kami. Ia adalah nama laman web kami antara yang terawal.
Antaranya menggunakan akaun tripod.com yang kami buat dalam
tahun 2000, rujuk laman web
http://time2plug.tripod.com dan anda akan lihat ada link
yang akan membawa anda ke laman web portal
www.aisbird.com dan di
www.aisbird.com ada link
yang membawa anda ke portal
www.plazacentre.net .Ini membuktikan ketiga-tiga laman web
diatas adalah milik kami. Semasa mendaftar, kami memilih nama
TIME2PLUG NETWORK ENTERPRISE. Malangnya nombor tidak dibenarkan
untuk diguna sebagai nama. Maka nombor dua(2) kami tukar kepada
"TO" yang sinonim dengan bahasa inggeris "TWO". Harap ini
menjawap. Kalau anda hubungi tuan punya TIME TO PLUG NETWORK
ENTERPRISE, beliau akan mengesahkan
www.plazacentre.net
adalah dibawah pengendalian beliau. |
| Soalan : |
Katakan saya masukkan dalam bank
sebagai bayaran, bagaimana anda pasti bahawa duit bayaran yang
masuk adalah kepunyaan saya? |
| Jawapan : |
Setakat ini tempahan memang banyak, tetapi yang bayar adalah
sedikit. Setakat ini apabila pembeli memasukkan bayaran, sebaik
sahaja selesai, mereka akan memberitahu melalui SMS kepada kami
seperti yang disarankan. Katakan hari isnin, kami periksa
melalui
www.maybank2u.com.my ada 4 transaksi berlaku untuk jumlah
wang tertentu (harga produk) dan setakat ini 4 pembeli ini akan
SMS kami dengan nombor handphone mereka yang didaftar didalam
borang tempahan pada hari isnin itu juga. Dengan sistem database
Access kami, kami akan periksa kewujudan nombor handphone
tersebut. Setakat ini nombor handphone pembeli yang SMS ada
didalam database kami. Tanpa perlu minta resit kami akan hantar
produk tersebut kepada mereka. Tiada apa-apa masalah dan setakat
ini tindakan kami amat tepat. Hanya yang mengisi borang dan
menghantar kepada kami sahaja yang diberikan no akaun Maybank
secara SMS juga. Jika nombor handphone tersebut tiada didalam
database kami, kami boleh menganggap penipuan berlaku melainkan
individu itu berjaya menunjukkan resit (ini menggambarkan
individu itu menggunakan handphone selain yang didaftar) |
| Soalan : |
Kalau nombor telepon individu
tersebut ada didalam database anda dan menipu dengan mengatakan
telah membayar, apa yang akan pihak anda lakukan? |
| Jawapan : |
Tindakan melalui undang-undang atau jika kami dalam "mood"
baik kami minta bayaran Cd tersebut jika telah terhantar. |
| Soalan : |
Apakah yang menjamin kami tidak
ditipu oleh syarikat tuan? |
| Jawapan : |
- Nama, alamat, nombor kad pengenalan tuan punya
www.plazacentre.net
ada bersama Suruhanjaya Pensyarikatan Malaysia (SSM)
- Nombor handphone kami 0193944158 telah berdaftar dengan
celcom (nama, K/P, alamat dan sebagainya)
|
| Soalan : |
Kenapa tidak ada alamat? Susah
untuk kami hendak datang berurusan. |
| Jawapan : |
Alamat kami hanyalah alamat kediaman (rumah), kami peniaga
kecil dimana tiada kedai fizikal melainkan maya. Oleh itu kami
merasakan kedatangan anda ke alamat tersebut bakal mengganggu
suasana rehat kami. Kami satankan urusan antara kita dibuat di
tempat lain seperti kedai makan, dewan dan sebagainya. Satu lagi
adalah mengenai keselamatan. Kami menjangkakan tidak semua
manusia ini jujur dan baik. Adalah tidak bijak untuk membawa
orang asing ke kediaman kami. Ini memberi peluang kepada mereka
memerhatikan keadaan sekeliling kediaman kami. Dengan erti kata
lain, berniaga jangan dicampur adukkan dengan keluarga juga
untuk mengelakan tragedi seperti perumpamaan "api dalam sekam".
Tunggulah kami menyewa atau membeli kedai sendiri. |
| Soalan : |
Bagaimana kami tahu pihak anda
membayar komisen dengan jujur. Mana tahu pembeli yang membuat
tempahan melalui link yang kami perkenalkan (username kami)
sudah membayar tetapi pihak anda diam sahaja seolah-olah tidak
menerima bayaran. |
| Jawapan : |
Anda apabila menjadi ahli kami, hendaklah percaya pada kami
100%. Tetapi jika anda memang berfikiran negatif, kami tidaklah
dapat mengubahnya. Cuma jika takut komisen anda ditipu oleh kami.
Cuba gunakan kaedah dibawah.
- Anda tempah banyak-banyak melaui link "affiliate" anda
(username anda) dan nyatakan anda hendak membeli pada harga
ahli melaui borang tempahan kami. Katakan anda beli 10 Cd,
katakan harga biasa RM39.90 x 10 = RM399.00, katakan komisen
anda RM8 x 10 = RM80 maka harga ahli adalah RM399.00 - RM80
= 319.00, kemudian anda jual pada orang lain harga biasa.
Untung anda ambil.
Sila pastikan username anda seperti dicatitkan didalam
komputer anda. Jika username ahli lain yang terakam dikomputer
anda, maka komisen RM80 itu mesti diberi kepada ahli tersebut,
bukan anda. Ini bermakna, gunakan link affiliate username anda
di komputer yang belum disentuh oleh link affliate ahli-ahli
yang lain. Sebab didalam maklumat borang yang dihantar akan
disertakan nama agen yang memperkenalkan pembeli kepada pihak
kami seperti yang distemkan dalam sistem komputer pembeli (ini
menunjukkan pembeli memasuki laman web kami melalui link
affiliate agen tersebut)
|