MENU >>   Ucapan Pengarah | Produk dan Khidmat | Pendaftaran Ahli Rakan Niaga Baru (Percuma) | Login | Soalan Yang Sering Ditanya

Cd Rahsia Membina "Database" Dengan Microsoft Access dalam masa 1 hari sahaja !!!

 

Mukadimah :: Borang pesanan

 

 

ASSALAMUALAIKUM/ SALAM SEJAHTERA SEMUA

 

Cd membina database menggunakan Microsoft Access merupakan Video ! Bukan Ebook ! Saya tak jual ebook, kerana amat susah hendak saya sampaikan kepakaran saya melalui ebook. Kalau di tukarkan video cd Rahsia Membina "Database" Dengan Microsoft Access kepada bentuk ebook, sudah tentu lebih daripada 300 muka surat diperlukan. Itupun 50% sahaja keberkesanannya berbanding video. 

 

Nampaknya anda bernasib baik ! kerana menjumpai laman web ini. Ini kerana anda berpeluang mendapat 3 keistimewaan sekiranya anda membeli Panduan Bervideo ini. Apakah keistimewaan tersebut? Ini keistimewaan yang akan anda dapat !

  1. Bantuan membina database anda seumur hidup (hidup saya, bukan hidup anda)

  2. Panduan Bervideo teknik/versi terbaru/yang diperbaharui/updated percuma seumur hidup

  3. Bonus panduan selain bonus sediaada bagi produk ini yang ditambah dari masa kesemasa percuma seumur hidup !.

 

Walaubagaimanapun, kami hanya memberikan keistimewaan ini hanya kepada 30 orang buat masa ini dan keistimewaan ini mungkin tidak akan dibuka lagi setelah bilangan ini tercapai. Bukan apa, rugi sebenarnya memberi updated percuma seumur hidup. Kalau jual lagi untung, anda memang bijak sekiranya anda membeli sekarang . Anda boleh beli produk ini pada esok, lusa, bila-bila sahaja. Tetapi saya tidak jamin bahawa esok,lusa tawaran keistimewaan ini masih ada. Kalau anda masih dapat lihat tulisan ini esok, maknanya anda masih ada peluanglah. Kalau tulisan tawaran ini tidak kelihatan esok, jangan rayu. Mungkin kami jual versi terbaru nanti tetapi. Boleh juga anda beli masa itu, tetapi harganya akan lebih mahal dari yang anda lihat sekarang.

 

 

 

 

 Berbalik kepada produk ini. Inilah peluang anda !. Terpulang anda mahu bazirkan masa atau membeli Cd ilmu yang tidak ternilai harganya dan tiada di mana-mana kedai kecuali daripada kami. Pergilah ke pusat komputer, mereka akan kenakan bayaran sekitar RM500 ! Sedangkan anda boleh dapat dari kami 10 kali ganda lebih murah. Malahan ia lebih baik.

 

 Malas membaca, hendak membeli? klik disini

 

Memang rugi jika anda tidak membeli, Video ini adalah rakaman MEMBUAT DATABASE DARI MULA HINGGA AKHIR, SIAP DENGAN PENJELASAN BERSUARA DAN PETUA/TIPS YANG SELAMA INI RAHSIA DAN TAK MUNGKIN DIDAPATI DI TEMPAT LAIN. VIDEO INI MENERANGKAN SECARA TERPERINCI PENGGUNAAN TABLE, QUERY, FORM DAN REPORT YANG PALING SESUAI UNTUK ANDA GUNAKAN.

 

Saya mahu anda tahu, sedar dimana penggunaannya amatlah luas !! termasuk untuk kegunaan dalam urusniaga perniagaan anda !!, sekolah-sekolah, pejabat, ujikaji, statistik dan banyak lagi. 

 

Macam-macam boleh dibuat ! buat database peserta seminar misalnya, anak-anak murid, simpanan data kajian, kira-kira dan lebih dari itu. Kelebihan membuat database antaranya,

 

 

1.      Anda boleh buat form macam software untuk memasukkan data text, gambar, link web dan sebagainya.

2.      Anda boleh buat report, surat automatik yang tersusuan ikut suka anda, boleh masuk sekali letterhead

3.      Anda boleh setkan formula ikut suka anda dan hasil kira-kira boleh automatikkan.

4.      Anda boleh letak pilihan nak papar atau tidak sesuatu perkara sebagai contoh yang sudah bayar sahaja atau yang belum bayar yuran sahaja, kalau kajian semut, semut betina sahaja, terpulang !!

 

 

Melalui Cd ini anda mampu membuat database dalam masa 1 hari sahaja !! Sungguh !! kerja anda akan lebih mudah !! Cubalah kalau nak tahu ,saya pasti anda akan berkata "Ruginya aku tak beli dari dulu". Ilmu yang ada didalam Cd ini boleh dieksplotasikan dengan pelbagai jenis database yang ada. Pasti ada kegunaannya walaupun untuk secara individu. 

 

 

 

Pengalaman 1 " Saya seorang guru kanan sekolah, saya ditugaskan oleh guru besar untuk mengumpul maklumat semua murid dan mengemaskinikannya selalu. Murid sekolah saya bukan sepuluh tapi ribu. Sebelum ini saya menggunakan Microsoft Excel, memang malanglah nasib saya masa tu apabila guru besar meminta saya untuk menghantar surat rasmi kepada semua pelajar di sekolah kami. Bayangkanlah saya terpaksa menaip satu surat dan "copy and paste" setiap nama ibubapa murid tersebut bersama alamatnya dari Excel dan print satu-satu. 1 surat sahaja dah makan masa 1 hingga 2 minit kalau 1000 orang murid, saya terpaksa menghabiskan masa 16 jam. Kadang-kadang tersilap nama, alamat dan sebagainya. Paham-pahamlah, maklumat dalam Excel macammana. Dalam sebulan kadang-kadang boleh cecah 5 surat untuk ibu bapa. Kalau 5 surat tu isi kandungannya sama takpelah jugak. "

"Segalanya berubah bila saya mahir menggunakan Microsoft Access, Mula-mula memang risau, mana taknya takkan nak taip satu-satu balik dalam microsoft Access tu. Baru saya tahu, saya boleh export terus maklumat tu dari Excel. Tak sampai pun 10 saat. Dengan adanya fungsi Search sudah boleh mencari mana-mana pelajar yang ingin saya ubah maklumatnya. Tak serabut macam Excel, Microsoft Access dah macam satu perisian, kalau kita cari murud A, murid A sahaja dipaparkan, tak perlu sakit mata. Yang betul-betul best, bila guru besar suruh hantar surat rasmi saya buat surat, coding simple sangat dah, tak sampai seminit, tekan print terus surat di print satu-satu untuk setiap ibu bapa pelajar lengkap dengan alamat dan sebagainya. Saya cuma duduk sahaja tunggu print tersebut habis. Semua maklumat yang di print memang tepat. Kini saya tidak perlu bekerja keras dan boleh menumpukan pada benda yang lain. Prestasi dan mutu kerja saya juga meniggkat. Guru besar memuji kepantasan saya bekerja."

 

Pengalaman 2 " Bos saya ni cakap sahaja pandai, buat sendiri tak tahu, nak mengarah sahaja. Saya ni diarah buat kerja Ad-Hoc. Kerja saya buat editing susuanan artikel dalam buku, kutip yuran dan hantar surat pada setiap ahli persatuan karyawan. Kira kerja kerani le nie. Sebelum ni saya guna Microsoft Excel. Siapa yang dah bayar, nama, alamat, nombor telepon saya letak dalam satu file excel. dah lama dah saya buat kerja ni, adalah 6 tahun. Upah dia RM150 sebulan. Kerja jabatan macam ni lah. Paling saya tak suka bila mintak hutang. Saya terpaksa buka fail Excel dan cari ahli yang belum bayar, mencari satu hal, ahli ada dua ratus. Ada yang dah bayar tapi separuh-separuh. Kemudian saya kena buat surat dalam Microsoft Word. Copy nama, alamat, jumlah dah dibayar, baki perlu dibayar dalam Excel dan paste dalam Microsoft Word. Masa tu memang bad moodlah. 2,3 hari jugalah nak siap. Tapi nak buat macammana, dah dilantik oleh dato' kan. Tak buat prestasi lingkup pulak. Saya memang ikhlas nak buat tapi mula-mula dulu ingat senang, bila dah buat susah pulak. Surat nak kena cepat nak-nak pulak mesyuarat akan diadakan. Saya ni dah agak tualah, hati sahaja yang muda. Jadi kadang-kadang tu tersilap masuk nama, baki bayaran pun salah. Kena marah. "

" Mujurlah ada bos saya ni dia pakar Microsoft Access. Dia ajar saya buat database. Saya faham dan kami sama-sama buat satu perisian database. Memang saya rasa sungguh terhutang budi, sebab memang sangat-sangat menolong saya menyelesaikan masalah. Kini dengan satu butang dengan konfigurasi simple sahaja, saya klik terus perisian tu print semua surat, saya dah goyang kaki jer masa tu. Automatik perisian ni dia kira berapa baki yang perlu dibayar. Saya print nama dan alamat pada sampul surat pun pakai Microsoft Access. 1 jam dah boleh siap. Alhamdulillah "

 

Pengalaman 3 " Saya assistant kepada seorang konsultan. Tugas saya menjaga pendaftaran seminar setiap kali seminar diadakan. Prosedur kerja saya adalah menghubungi jabatan-jabatan kerajaan, orang-orang ternama untuk dipelawa menghadiri seminar. Pada hari seminar saya akan menguruskan pendaftaran dan kehadiran, bagi beg, stationary dan sebagainya pada yang hadir. Jumlah purata yang hadir dalam sesuatu seminar adalah diantara 80 hingga 100 orang peserta. Sebelum ini saya hanya tahu menggunakan Microsoft Excel untuk menyimpan data peserta dan bila menghantar surat saya gunakan Microsoft Word, print dan hantar melalui pos. Kadang-kadang saya juga menggunakan email. Memang penatlah sebab setiap kali seminar, orang berlainan yang hadir. Memang masalah terutama dari segi masa. maklumlah, kadang-kadang suka sangat beri arahan pada saat-saat akhir. Masa tu memang sibuk, handphone saya silentkan sentiasa. Itu cerita lama, beberapa bulan yang lepas saya telah bertukar menggunakan Microsoft Access. Saya dapati ianya 5 kali ganda lebih pantas berbanding ketika saya menggunakan Excel dan amat sesuai apabila maklumat yang dikehendaki diminta pada saat-saat akhir."

" Apabila saya mahir dalam Access, saya telah mencipta satu ruangan input untuk masukkan data-data peserta. Mudah sangat. Kalau saya ingin gunakan fail tersebut untuk seminar yang berlainan, saya just copy dan paste file tersebut dan rename file tersebut mengikut nama seminar dan tarikh seminar tersebut. Data dalamnya kadang-kadang saya kekalkan dan kadang-kadang saya delete yang lama dan isi yang baru bergantung pada peserta samada peserta yang sama dengan seminar sebelumnya atau peserta baru. janji template (acuan) dah ada, kerja dah jadi senang. Semuanya main tekan butang sahaja. Dulu bos saya memang terperanjat dengan perubahan kepantasan kerja saya. Sejak dia dah tahu saya guna microsoft Access dia pun mempelajarinya. Mana tidaknya, biasa bila bos minta senarai peserta yang tidak hadir saya terpaksa cari borang daftar yang di tandatangan kemudian kira, taip balik dalam MS Word print dan beri pada bos. Adalah dalam 30 minit. Tapi bila dah mahir Access. Setiap peserta datang tandatangan saya search pakai IC  pendaftar tu dan select hadir. Mudah sahaja, kad pengenalan kan biasa unik, kalau kad pengenalan 760514-04-5894 saya serach 0514 dah cukup, terus terpapar nama, alamat peserta tersebut, database berubah serta merta. Bila bos tanya senarai hadir pada waktu itu saya tekan butang terus print, tentulah terkejut bos saya tu. Mana tidaknya, tak sampai 2 saat dah print, sebab layout dah buat awal. Kalaulah dalam Excel nak sort lagi, ada nama yang hadir kat tengah, atas, bawah. Baris ke 10 hadir baris ke 11 tidak hadir, baris 12 hadir pula. Kena asingkan. Tapi dengan Access tekan butang untuk yang hadir sahaja, yang tidak hadir tidak dipaparkan. Kadang-kadang ada peserta minta senarai peserta yang berjawatan pengarah misalnya. Saya cuma tekan satu butang sudah dapat senarai peserta yang berjawatan pengarah sahaja. Tapi kena minta kebenaran bos dahulu sebelum maklumat tersebut dilepaskan. Pendekkata, saya buat layout sekejap sahaja dalam 2,3 bulan lepas dan boleh digunakan sampailah kehari ini. Terima kasih kepada guru yang mengajar saya Microsoft Access"

 

 

 

Tahukah anda? jika anda belajar di pusat latihan, kos yang anda tanggung adalah melebihi RM500 dan itupun tidak sebanyak yang anda belajar di Cd ini. Mereka bukan mencari untung yang berlipat kali ganda, mereka sebenarnya terpaksa menanggung kos peralatan, bilik, komputer dan sebagainya. Mereka caj ikut masa. Kalau anda masih tidak faham dan masa telah tamat. Anda baliklah dan bawa sahajalah nota dan fahamkan sendiri.

 

Beli Cd ini anda boleh lihat ulang sebanyak mana anda mahu, setanding dan mungkin lebih dari nota yang anda terima jika memasuki pusat latihan. Malah penjelasan telah terakam dan anda akan lebih faham

 

Yang pasti, ramai yang bertanya berkenaan cd ini. Ia merupakan peralatan pejabat yang amat berguna dalam microsoft office tapi ramai orang tidak tahu menggunakannya. Dipejabat kami sendiri, Menggunakan Microsoft Access amat membantu kami dalam mengendalikan tempahan, akaun bayaran/kira-kira dan sebagainya.

 

Kami sangat-sangat mengesyorkan anda membeli Cd ini.

 Malas membaca, hendak membeli? klik disini

 

Oklah, anda masih blur? lihatlah gambar screen shot dibawah, jumlah gambaran dibawah mencerminkan 0.1% daripada apa yang diajar didalam cd ini. Yelah, kalau nak papar semua mahu melibatkan lebih 6000 keping gambar ! berat pulak loading page ini nanti :)

 

 

 Anda diajar buat table untuk pertama kalinya dan fungsi-fungsinya, boleh buka video ini menggunakan Window Media Player. Kalau nak lihat penuh, pergi kepada menu list klik pada view, pilih Full Screen.

 

Mengajar anda membuat Query serta kiraan automatik. software kirakan automatik untuk anda. Dengan melihat video ini ada akan juga mendengar suara saya sepanjang video ini berlangsung. Saya tidak jemu-jemu memberi anda tips hangat, apa mesti buat, apa yang perlu dielak, bagaimana kalau silap boleh betulkan semula, macam-macamlah... padat, tepat dan lengkap.... :)

 

Ajar anda buat design software tu..... :) itu dah kira melebihi dari yang dijanjikan. Ajar buat butang (button), setting kedudukan data masuk, search engine, makeup (macam saloon pulak)
Ajar anda membuat surat automatik. Anda buat text katakan "selamat datang [nama]" bila activekan surat itu akan berbunyi "selamat datang roslan" surat kedua pula "selamat datang hamizan" komputer akan tukar kod [nama] kepada nama-nama dalam database..... kalau ada seribu nama dia kan replace semuanya termasuk address dan banyak lagi.... :) 

 

Yang diatas itu sedikit sahaja, Apa tunggu lagi, tempahlah sekarang ! :) ilmu seperti ini bukan senang anda dapat, malah ia dibuat oleh orang kami yang pakar-pakar dan sedia maklum dengan kehendak pasaran semasa. 

 

 

Siapa yang patut memilikinya:

  1. Mereka yang mahu buat sistem database

  2. Mereka yang belum tahu mengenai MS Access Database

 

Siapa yang tidak patut memilikinya.

  1. Mereka yang mahir menggunakan MS Access

  2. Mereka yang mengaku diri mereka pandai dan tak perlukan Ms Access untuk buat database

 

Tempahlah sekarang ! Ilmu yang bernilai lebih RM400 ini saya jual cuma RM40.00 sahaja (harga download). Harga pos berbentuk Cd adalah RM50.00.  Anda boleh lihat dan ulang sebanyak mana anda mahu, semuanya ada disitu.

Tidak tergambar nilainya hasil daripada ilmu yang akan saya sampaikan melalui laman web ini. Sila klik disini.