|

|
HOT
PEPPER SPRAY
Mengenai
produk :: Kes-kes jenayah
di Malaysia :: Kaedah menjaga keselamatan
diri :: Borang
pesanan :: Prosedur pembelian dan
penghantaran produk
Kaedah
Menjaga Keselamatan Diri
Saya
ingin membincangkan beberapa masalah dalam menjaga keselamatan diri
kita. Sebelum itu saya ingin mencadangkan sesuatu.
-
Tempatkan
Hot Pepper Spray yang anda beli di tempat yang sesuai. Apabila
anda menaiki kereta dibahagian memandu, sebelah kanan, anda akan
lihat pintu kereta disebelah kanan anda ada ruang / lubang kecil
untuk meletakkan sesuatu seperti duit, resit dan sebagainya. Saya
sarankan kepada anda untuk meletaknya disitu. Kerana ianya mudah
dicapai jika terdesak. Kadang-kadang ketika memandu, mungkin
individu yang tidak baik memasuki kenderaan anda melalui pintu
sebelah kiri anda. Pada masa tersebut anda boleh mencapai Hot
Pepper Spray anda dan semburkan ke muka individu tersebut. Jika
enjin anda hidup, matikan dan ambil kuncinya dan hidupkan siren.
Kereta zaman sekarang dilengkapi alat pengera dua butang. Satu
untuk mengunci kereta dan satu butang lagi jika ditekan akan
mengeluarkan bunyi kereta secara terus. ini penting bagi menarik
perhatian orang lain untuk pergi kearah anda dan anda akan
mendapat pertolongan. Butang itu juga berguna sebagai wisel,
katakan individu yang jahat tidak dapat memasuki kereta anda dan
anda didalamnya tetapi mengelilingi kereta anda untuk menahan anda
dari memandu, tekan sahaja butang tersebut supaya siren kereta
berbunyi dan mereka pasti melarikan diri. Paling baik adalah jika
anda membawa kamera digital kemana-mana, ambil peluang untuk
tangkap gambar mereka. Apabila muka mereka disembur dengan Hot
Pepper Spray, individu yang jahat itu tadi akan mengelupur dan
kesan semburan boleh berlarutan selama 2 jam (paling kuat dalam
masa 15 minit). Yang penting anda tenang dan ambil peluang tangkap
gambar mukanya. Dalam 10 minit anda mesti pergi mendapatkan
bantuan. Jika anda terlepas silalah melaporkan kepada polis
secepat yang mungkin.
-
Elakkan
dari melalui lorong-lorong gelap dan berhati-hati dikawasan yang
padat dengan orang-ramai. Orang yang sentiasa menoleh selalunya
menyukarkan individu yang jangan ini bertindak dan membatalkan
niat jahat mereka terutamanya peragut. Sentiasalah memerhatikan
sekeliling. Elakkan dari lalui rapat dengan individu lain.
Letakkan Hot Pepper Spray di dalam kocej baju atau seluar supaya
senang dicapai. Apabila mendapati ada individu yang menghampiri
anda dan dijangka akan menjadi rapat, masukkan tangan anda dalam
poket dan secara senyap pegang Hot Pepper Spray didalam kocek.
Pegang beg tangan anda. Apabila ada individu menuju kearah anda
terus lihat kearahnya. Biasanya jika individu itu berniat meragut,
mereka akan pantas menarik beg anda atau memukul anda. Jika
keadaan itu hampir berlaku, Keluarkan Hot Pepper Spray dan sembur
sambil memegang beg anda. Sebaik sahaja terkena semburan individu
tersebut pasti akan terlepas beg anda dan menyapu matanya. Pukul
tempat yang paling lemah / tangkap gambar dan lari ke tempat ramai
orang dan minta bantuan, telepon polis untuk perlindungan. Yang
penting jangan panik dan jangan takut serta jangan belas kasihan.
Jika individu jahat tersebut lebih kuat dari anda, sembur lagi
dengan Hot Pepper Spray dan lari mendapatkan bantuan.
-
Sentiasa
membawa rakan-rakan seramai mungkin atau yang gagah perkasa
bersama-sama tetapi anda mesti arif dan kenal asal-usul dia dan
keluarganya.
-
Elakkan
dari memakai pakaian menarik perhatian macam mahal sebagainya.
Elakkan dari memakai barang kemas yang begitu banyak atau terpamir
dengan mudah.
|

|