|

|
HOT
PEPPER SPRAY
Mengenai
produk :: Kes-kes jenayah
di Malaysia :: Kaedah menjaga keselamatan
diri :: Borang
pesanan :: Prosedur pembelian dan
penghantaran produk
Kes-Kes
Jenayah di Malaysia
Ini
bukanlah bertujuan menakut-nakutkan anda. Saya membentangkan kes-kes
tersebut sebagai satu ajakan kepada anda supaya berhati-hati dengan
sekeliling anda. Zaman yang maju, manusia juga semakin cerdik. Begitu
juga mereka-mereka yang melakukan perkara yang salah seperti rogol,
culik, rompak dan sebagainya, idea mereka dan kelengkapan mereka
sentiasa berubah dan sasaran mereka adalah mereka yang paling lemah,
mudah lupa dan suka bersendirian.
Tukang
jahit maut diragut dua lelaki
IPOH 14 Dis. - Insiden ragut mengorbankan mangsanya berlaku lagi
apabila seorang tukang jahit, Chang Poh Wan, 29, menemui ajal akibat
terjatuh daripada motosikal setelah beg tangannya diragut di Batu 10,
Jalan Jelapang-Chemor, di sini petang semalam.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia di
Hospital Ipoh pada pukul 7 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Che Sab Hanafiah berkata,
ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 petang, wanita yang masih bujang
itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Kuang,
Chemor di sini.
Katanya, tiba-tiba muncul dua lelaki yang menaiki motosikal, meragut
beg tangan mangsa menyebabkan dia terjatuh dan cedera parah di kepala.
``Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan oleh orang ramai ke
hospital dan disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 7 malam,
selepas kira-kira lima jam bertarung nyawa,'' katanya pada sidang
akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini hari ini.
sumber
: utusan
(klik disini)
Kes
bunuh Noradihasnina: 4 ditahan
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Polis percaya telah menyelesaikan kes pembunuhan
Noradihasnina Nor Kamal, 23, dengan tertangkapnya empat orang termasuk
seorang suspek utama dalam operasi yang bermula petang semalam hingga
awal pagi ini.
Kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki yang salah
seorangnya dipercayai teman lelaki Noradihasnina dan seorang wanita
yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.
Tiga kenalan lelaki Noradihasnina yang ditahan sebelum ini untuk
membantu siasatan telah dibebaskan setelah kenyataan mereka diambil.
sumber : utusan
(klik disini)
Pelajar
terkejut jadi mangsa ragut abang sendiri
KUCHING 14 Jun - Seorang pelajar sekolah, Dayang Nurafri Awang Sahari,
17, tergamam kerana tidak menyangka salah seorang peragut yang berjaya
ditarik dari sebuah motosikal adalah abangnya sendiri.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, Dayang Nurafri memberitahu,
ketika kejadian petang semalam, dia dalam perjalanan pulang dari kedai
berhampiran rumahnya di Kampung Semariang Batu apabila didekati oleh
dua peragut bermotosikal dari arah belakang.
Peragut berkenaan menghampirinya dan menarik seutas rantai emas
bernilai RM200 yang dipakainya.
Bagaimanapun dia yang terkejut bertindak menarik baju pembonceng
motosikal berkenaan sehingga terjatuh dan sempat bergelut dengannya
buat seketika.
Namun gadis itu tergamam sehingga tidak mampu untuk menjerit meminta
pertolongan selepas mendapati lelaki berkenaan adalah abang kandungnya
sendiri.
Abangnya itu kemudian menolaknya dan terus menaiki motosikal yang
menanti tidak jauh dari situ untuk melarikan diri.
Mangsa yang lebam pada tangan serta dagunya, turut mengenal pasti
penunggang motosikal yang melakukan jenayah bersama abangnya itu
adalah rakan sekampungnya.
sumber
: utusan
(klik disini)
Usia
7 tahun sudah terlibat dengan jenayah
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Empat kanak-kanak berusia tujuh tahun merupakan
antara 5,996 juvenil yang ditahan kerana terlibat dalam pelbagai
kegiatan jenayah di seluruh negara sepanjang tahun lepas.
Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi
Supritenden Rasdi Ramli berkata dua kanak-kanak berumur lapan tahun,
11 kanak-kanak berumur sembilan tahun, 23 orang berumur 10 tahun dan
23 lagi berumur 11 tahun, juga merupakan antara yang ditahan atas
pelbagai kesalahan jenayah dalam tempoh itu.
Menurutnya perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan bahawa
5,996 remaja itu ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan
jenayah termasuk kes bunuh, pecah rumah, samun dan rogol.
Menurutnya peringkat umur antara 16 dan 18 tahun merupakan jumlah
kumpulan tertinggi kalangan remaja yang terbabit dengan jenayah
sehingga menjangkau 4,363 orang remaja, dan ia diikuti dengan kumpulan
berumur antara 13 dan 15 tahun seramai 1,472 orang.
sumber
: utusan
(klik disini)
Polis
yakin suspek bunuh pelajar masih berada di KL
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Polis yakin dua suspek yang dilihat dalam pita
rakaman selepas kes bunuh seorang pelajar Sekolah Antarabangsa Garden
Sri Hartamas, Khairul Anuar Salim, 18, di Jalan Melor, Taman Muda,
Ampang, di sini pada 26 November lalu masih berada di kawasan sini.
Ini kerana, sehingga kini masih tiada maklumat menyatakan mereka (suspek)
telah meninggalkan Lembah Klang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Azri Ahmad berkata,
berdasarkan maklumat hasil penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
semalam, dua suspek terbabit dipercayai masih bersembunyi di kawasan
berhampiran.
``Dua suspek berusia 20 hingga 30-an itu sukar melarikan diri kerana
polis sedang giat melakukan sekatan jalan raya,'' katanya di sini hari
ini.
Menurut Azri, siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
masih dijalankan.
``Polis kini sedang dalam proses membuat dan mengenal pasti lakaran
wajah dua suspek berkenaan,'' jelas beliau.
Sementara itu, Penyelaras Projek Koordinator Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin menyeru orang ramai yang
mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi
talian Rakan Cop untuk membantu siasatan polis.
``Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada polis untuk
mengelak dan mengurangkan kejadian jenayah kejam sebegini daripada
berulang.
sumber
: utusan
(klik disini)
Penyelia
kilang mangsa ragut mati
PULAU PINANG 14 Okt. - Insiden ragut mengorbankan mangsanya berlaku
lagi apabila seorang penyelia sebuah kilang, Wong Moe Sheng, 54,
menemui ajal setelah diragut oleh dua lelaki bermotosikal di Paya
Terubong, di sini, petang semalam.
Mangsa yang terjatuh ke atas jalan, mengalami kecederaan serius akibat
pendarahan di kepala dan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP)
kira-kira pukul 1 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Senior Asisten Komisioner II Mohd. Ali
Mohd. Yusuf berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang, wanita
yang masih bujang itu sedang berjalan bersendirian untuk membeli
makanan.
Katanya, sejurus keluar dari rumah, muncul dua lelaki bermotosikal
dari arah belakang lalu meragut beg tangan mangsa.
``Tarikan yang kuat itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan
mengalami cedera parah di kepala. Mangsa kemudiannya tidak sedarkan
diri,'' katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.
sumber
: utusan
(klik disini)
2
direman bantu siasatan kes bunuh Mak Wan
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Dua rakyat Indonesia yang dipercayai dapat
membantu menyelesaikan kes pembunuhan Mak Wan Ayob, 74, ibu kepada
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Abdul Samad
ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Jurucakap polis berkata, kedua-dua suspek yang merupakan pembantu
rumah kepada adik perempuan Khairudin berusia 28 tahun serta teman
lelakinya, 20, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi untuk
mendapatkan perintah tahanan reman.
Menurutnya, perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Azniza Mohd.
Ali.
``Kedua-dua rakyat Indonesia itu ditahan bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,'' katanya.
Ujarnya, mereka (suspek) ditahan semalam iaitu kira-kira lima jam
selepas mayat Mak Wan ditemui.
Katanya, polis turut menemui barang-barang kemas yang dipercayai
dirompak dari rumah adik perempuan Khairudin.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian
Allahyarham Mak Wan yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam
Titiwangsa selepas solat Zuhur di sini hari ini.
sumber
: utusan
(klik disini)
Polis
cari Azakir bantu siasatan kes rogol guru
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Polis mencari seorang lelaki untuk membantu
siasatan kes seorang guru wanita dari Ipoh, Perak dirogol dan dirompak
sebelum ditinggalkan dalam semak di Sungai Buloh, Selangor dekat sini,
Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Mohd. Nadzri
berkata, lelaki itu ialah Azakir Fadzil atau Zaki, 31, seorang
penganggur, beralamat terakhir di No. 42, Kampung Tersusun, Batu 6,
Tambun, Ulu Kinta, Perak.
Beliau berkata, pihaknya amat memerlukan kerjasama lelaki itu membantu
menyelesaikan kes tersebut.
``Kita berharap orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana
Azakir berada supaya menghubungi polis dengan segera,'' kata beliau.
Tambah beliau, orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh
menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Gombak, Deputi
Supritendan Tan Dau Kin di talian 03-6138 5222.
Dalam kejadian Rabu lalu, sekumpulan lelaki bersenjatakan parang
mengikat dan melarikan seorang guru wanita selama hampir enam jam dari
kediamannya di Ipoh, sebelum merogolnya dan ditinggalkan dalam semak
di Sungai Buloh, Selangor.
sumber
: utusan
(klik disini)
Pencabul
bersiri' dihukum lagi
IPOH 16 Dis. - `Pencabul bersiri' yang pernah disabitkan melakukan 10
kesalahan yang sama di beberapa negeri sejak 14 tahun lalu, hari ini
sekali lagi dihukum penjara lapan tahun serta sebatan enam kali.
Mengikut rekod jenayah, Aris Mohamed, 48, pernah didakwa melakukan
kesalahan itu di Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta satu lagi kes
yang belum dibicarakan di Negeri Sembilan.
Sepanjang dakwaan terhadapnya di mahkamah termasuk kes rogol, curi dan
tipu pula, Aris yang bekerja sebagai jurujual syarikat jualan langsung
itu telah dijatuhkan hukuman penjara berjumlah kira-kira 50 tahun,
denda dan sebatan 29 kali.
Berikutan dua kesalahan rogol sahaja di Pulau Pinang pada tahun 1984,
bapa kepada lima anak itu pernah dihukum penjara 12 tahun dan 15 tahun
bagi setiap satu kesalahan.
Hari ini, Aris dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas
mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mencabul seorang kanak-kanak
berusia 10 tahun dalam satu kejadian di Taman Klebang Ria, pada 8
Julai 2003.
Hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia didakwa di mahkamah iaitu
pada 2 Februari lalu dan mahkamah turut menetapkan supaya Aris
diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas
dibebaskan kelak.
Malah semasa dijatuhkan hukuman hari ini, dia sedang menjalani hukuman
penjara tiga tahun juga atas kesalahan mencabul membabitkan kes di
Kuala Kangsar, Parit dan Bota yang dilakukan di sekitar tahun 2003.
sumber
: utusan
(klik disini)
Kes
bunuh setiausaha disebut 27 Feb.
SHAH ALAM 17 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27
Februari ini bagi sebutan semula kes terhadap seorang pemandu teksi,
Mokhtar Mohd. Zain yang menghadapi tuduhan membunuh dengan menembak
mati setiausaha sulit, Siti Shamiza Ab. Zarim.
Kejadian itu berlaku di pekarangan kawasan letak kereta Pasar Raya
Giant, Batu Caves, Mac tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zaharah Ibrahim menetapkan tarikh
tersebut setelah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris
Zainuddin bahawa pihaknya baru menerima afidavit balasan daripada
pembelaan.
Menurut beliau, pihaknya memerlukan masa untuk menelitinya disebabkan
banyak isu mengenai fakta yang ditimbulkan.
Sehubungan itu, pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit
jawapan kepada afidavit pembelaan.
sumber : utusan
(klik disini)
Kes
rogol: Nasib jurulatih PLKN ditentu 5 April
KUALA TERENGGANU 14 Mac - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan
5 April ini untuk membuat keputusan sama ada jurulatih, Zuki Mohd.
yang didakwa merogol seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
perlu dipanggil membela diri atau sebaliknya.
Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan tarikh itu bagi membolehkan
beliau meneliti lebih lanjut penghujahan bertulis daripada pihak
pendakwa dan pembela sebelum sebarang keputusan dibuat.
Kedua-dua belah pihak, Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah, peguam
Mat Yusoff Mohamad termasuk tertuduh hadir pada prosiding perbicaraan
hari ini.
Zuki, 30, didakwa telah merogol seorang pelatih PLKN yang kini berusia
19 tahun antara pukul 7.28 malam dan 9.10 malam, 28 Februari tahun
lalu dalam sebuah kereta di sebuah kawasan pertanian Ru Tapai, Setiu.
Anggota tentera berpangkat koperal itu dituduh mengikut Seksyen 376
Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lima
tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Perbicaraan yang membabitkan tertuduh itu bermula sejak 27 Jun tahun
lalu dan pihak pendakwa telah memanggil 17 orang saksi.
sumber
: utusan
(klik disini)
Pengecat
rumah cuba ragut rantai lelaki dipenjara dua tahun
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Seorang pengecat rumah dihukum penjara dua
tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku
bersalah cuba meragut seutas rantai leher emas milik seorang lelaki
yang sedang membeli minuman di sebuah gerai.
Majistret Nazran Mohd. Sham memerintahkan hukuman terhadap Mah Yoon
Keong, 31, berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 2 Ogos lalu.
Yoon Keong yang memakai baju-T dan berseluar pendek kelihatan sayu
ketika hukuman itu dibacakan terhadapnya.
Dia didakwa telah cuba meragut seutas rantai leher emas miliki S.
Rajamal, 28, kira-kira pukul 1.40 petang, 2 Ogos lalu, di Jalan Landak
off Jalan Pudu di sini.
Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda
atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Yeak Tiew
Poh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ketika mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman, Yoon Keong
memberitahu bahawa dia adalah penanggung tunggal keluarganya yang
terdiri dari ibu, bapa dan neneknya yang sudah tua.
``Saya mencuri rantai itu atas pengaruh kawan-kawan dan desakan
kehidupan kami yang miskin. Mohon hukuman saya diringankan,'' kata
Yoon Keong.
Tiew Poh pula bangun sambil menyatakan bahawa tertuduh mempunyai empat
kesalahan lampau yang dilakukannya antara 27 Januari 1994 dan 1
Oktober 2001.
``Mohon mahkamah mengambil kira bahawa tiga di antara kesalahan lampau
tertuduh adalah membabitkan kesalahan yang hampir sama iaitu mencuri.
sumber
: utusan
(klik disini)
6
direman kes bunuh eksekutif pemasaran
SUNGAI PETANI 17 Jan. - Enam lelaki dipercayai bekerja di sebuah kelab
rekreasi di sini berusia antara 20 tahun dan 40 tahun ditahan reman
selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang eksekutif
pemasaran, Chee Gaik Yap, 25, yang dipercayai dirogol sebelum dibunuh
pada Sabtu lalu.
Perintah tahanan reman itu yang bermula hari ini dikeluarkan oleh
Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Azizah Mahmud petang ini.
Enam lelaki yang diberkas di sekitar bandar ini ditahan reman mengikut
Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Polis menjalankan siasatan terhadap enam lelaki itu mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 kanun yang sama.
Gaik Yap yang tinggal di Flat Paya Nahu di sini pada awalnya
dilaporkan hilang ketika berjoging bersama adik perempuannya berusia
24 tahun di kawasan perumahan kelab rekreasi itu pada pukul 7 petang
Sabtu lalu.
Adik mangsa dipercayai tidak dapat mengesan kakaknya yang berjoging di
hadapannya dan keluarga mangsa yang gagal mengesan Gaik Yap selepas
itu membuat laporan polis pada pukul 8.45 malam.
sumber : utusan
(klik disini)
Rogol:
Pelayan dipenjara 12 tahun, sebat
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Seorang pelayan bar dihukum penjara 12 tahun
dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah
didapati bersalah merogol seorang rakan sekerjanya yang berusia 18
tahun kira-kira lima tahun lalu.
Hakim Nursinah Adzmi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap P. Velan,
26, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan
melampaui munasabah dalam kes berkenaan.
Sebelum hukuman itu dijatuhkan, Nursinah berkata, beliau bersetuju
dengan pihak pendakwaan bahawa dalam kes rogol, mangsa akan mengalami
trauma sepanjang hayatnya dan tidak akan tamat sebaik sahaja kesalahan
ini selesai dilakukan.
Berikutan itu, Nursinah yang memerintahkan hukuman penjara berkuat
kuasa mulai hari ini, memutuskan menolak permohonan Velan melalui
peguamnya, Patrick Dass untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman
sementara menunggu rayuan.
Velan didapati bersalah merogol rakan sekerjanya kira-kira pukul 8
malam, 21 Ogos 2000 di sebuah bilik stor, tingkat sembilan, Hotel
Legend, Jalan Putra, di sini.
Dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh
dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
sumber
: utusan
(klik disini)
672
gadis jadi mangsa rogol tujuh bulan pertama 2005
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seramai 672 gadis bawah umur dilaporkan
menjadi mangsa rogol sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Risikan Operasi Bukit Aman, Asisten
Komisioner Abdul Halim Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 491
gadis berusia di bawah 15 tahun manakala selebihnya 16 hingga 17 tahun.
``Bagi kes melibatkan mereka berusia lebih 18 tahun pula, seramai 358
orang dikesan menjadi mangsa rogol.
``Jumlah keseluruhan gadis menjadi mangsa rogol antara Januari hingga
Julai tahun ini ialah 1,030 orang,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada
Persidangan Kebangsaan Pencegahan Jenayah 2005 anjuran Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini hari ini.
Menurut Abdul Halim, jumlah kes rogol dilaporkan tersebut berkurangan
sebanyak 17 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
``Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu, gadis yang menjadi
mangsa rogol seramai 1,047 orang.
``Bagaimanapun, dari segi pecahan statistik tahun lalu, gadis berusia
bawah 15 tahun merupakan paling ramai menjadi mangsa iaitu 501 orang.
sumber
: utusan
(klik disini)
Ibu
mengamuk anak dirogol bapa sendiri
"Sabar makcik.. sabar. "Letakkan parang tu.. banyakkan
bersabar dan mengucap,'' seru Cif Inspektor Salmiah Ahmad
mententeramkan seorang ibu yang mengamuk apabila mengetahui anaknya
dirogol suami sendiri.
"Saya tidak percaya!
"Ini semua tidak betul,'' teriak ibu berusia 40-an itu sambil
menghayun sebilah parang di tangannya.
Salimiah dan dua anggota polis lain terpaksa mengelak dan berundur.
Beberapa batang pokok termasuk pokok pisang tumbang ekoran serangan
wanita itu.
Perasaan kecewa, marah dan kesal menyelubungi jiwa, menyebabkan wanita
tersebut hilang pertimbangan.
Dalam tempoh 15 minit, ibu kepada mangsa berusia 13 tahun itu
menghayun parang menghalau sesiapa sahaja yang cuba mendekati kawasan
mayat bayi ditanam.
"Melihatkan pokok-pokok pisang yang putus dicantas, tiada sesiapa
berani dekati kawasan tersebut,'' jelas Salmiah yang baru melaporkan
diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan pada tahun
1986.
Keadaan kembali reda apabila ibu malang itu keletihan dan rebah di
atas tanah.
Dengan berbaju kurung, Salmiah, para anggota dan pegawai bertugas
bergegas memegang ibu mangsa dan merampas senjata miliknya.
Perasaan sebak menguasai jiwa Salmiah apabila melihat mayat reput anak
kecil tidak berdosa dibungkus dan ditanam oleh wanita itu dan suaminya.
sumber
: utusan
(klik disini)
Adakah
anda sanggup menjadi mangsa seperti diatas? kenapa tidak bersedia
dengan Hot Pepper Spray? Adakah anda rasa cukup dengan memahirkan diri
melalui silat, karate dan teakwondo? Saya adalah bekas anak murid
teakwondo tetapi saya masih tidak yakin mestipon mahir pada peringkat
tertinggi ! Saya memerlukan senjata jarak jauh ! yang dibenarkan
dinegara kita? Saya pilih Hot Pepper Spray, Anda bila lagi ?
|

|